MTrading Deposit: Cara Memasukkan Wang Ke Dalam Akaun Dagangan Anda

Jika anda pelanggan baru MTrading, anda mungkin sedang mencari panduan untuk membuat deposit ke akaun perdagangan anda.

Berita baik untuk anda. Artikel ini akan menerangkan cara memasukkan wang ke dalam akaun trading anda. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MTrading deposit.

Kaedah Deposit Yang Disediakan Oleh MTrading

Untuk trade forex, anda perlu memasukan wang ke dalam akaun dagangan anda terlebih dahulu. Wang ini kemudian akan digunakan sebagai modal untuk trade forex.

Untuk memudahkan urusan anda, MTrading telah menyediakan beberapa jenis kaedah deposit kepada pelanggan mereka seperti perbankan atas talian, internet banking, local depositor dan melalui e-wallet.

Anda boleh pilih mana-mana kaedah deposit yang disediakan oleh MTrading untuk deposit akaun dagangan anda.

Bagi trader dari Malaysia, saya sarankan anda untuk menggunakan kaedah deposit FXP Online Banking Payment yang juga dikenali sebagai perbankan atas talian kerana ia merupakan kaedah deposit yang paling mudah.

Berapakah Jumlah Deposit Akaun Dagangan MTrading

Minimum deposit adalah bergantung dengan jenis akaun dagangan yang anda buka. Berikut merupakan minimum deposit mengikut jenis akaun dagangan yang anda pilih.

M.Cent – 10 USD dan ke atas

M.Premium – 100 USD dan ke atas

M.Pro – 500 USD dan ke atas

Cara Memasukkan Wang Ke Dalam Akaun Dagangan Anda

Langkah 1

Pertama sekali, sila login ke dalam akaun dagangan MTrading anda. Selepas itu, klik butang deposit.

Langkah 2

Sila pilih kaedah deposit yang anda mahu. Dalam panduan ini, menggunakan kaedah deposit FXP iaitu perbankan atas talian atau online bank transfer.

Kemudian, sila pilih jumlah deposit yang anda mahu.

Langkah 3

Nilai tukaran mata wang deposit anda akan dipaparkan seperti gambar di bawah.

Selepas itu, sila pilin bonus deposit yang anda mahu. Anda juga boleh skip bahagian ini jika anda tidak mahu menerima bonus daripada MTrading.

Selepas semuanya diisi dengan lengkap, klik butang “Deposit” untuk ke langkah seterusnya.

Langkah 4

Seterusnya, sila pilih bank yang anda gunakan, kemudian klik pada logo bank tersebut.

Selepas itu, anda perlu login ke dalam akaun bank anda dan buat pembayaran seperti biasa.

Selepas proses deposit ini selesai, anda sudah boleh mula trade forex dengan MTrading. Anda boleh trade forex dengan menggunakan platform MetaTrader 4 MT4)

Anda belum muat turun platform dagangan MT4? Jangan risau, klik di sini untuk panduan muat turun MT4. Jika sudah, anda boleh terus berdagang forex.